Thursday 11 October 2018

Lawatan Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) Daerah Sepang Ke Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana

Pada hari ini, Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana menerima lawatan daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Sepang seramai 42 orang. Sebelum lawatan ke Bilik Sumber PPDa, semua GPM menghadiri mesyuarat GPM Daerah Sepang di Terminal Muafakat SKTPP, lawatan ke Ujana Ilmu dan Bilik Bitara Kriket. Turut serta dalam lawatan ini iaitu Pn Aisyah bt Aziz, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sepang dan Encik Azreen, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Salak. Warga SK Taman Putra Perdana dengan rasa sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan tersebut.

Pelawat mengunjungi Bilik Sumber PPDa
Bergambar kenangan di hadapan Bilik Sumber PPDa dan
melawat di dalam Bilik Sumber PPDa

Suasana di dalam Bilik Sumber PPDa SKTPP

Mesyuarat GPM Daerah Sepang di Terminal Muafakat SKTPP.
Ucapan oleh Pn Siti Aisyah (Penolong Pegawai PPD Bahasa) dan
Ucapan oleh En Azreen (Pegawai PKG Salak)

Bergambar kenangan di Dermaga Minda SKTPP dan
di dalam Terminal Muafakat

Wajah-wajah GPM Daerah Sepang yang ceria

Lawatan ke Bilik Bitara Kriket

Friday 21 September 2018

Program Sekolah Bebas Dadah Bersama AADK Negeri Selangor di SKTPP

Program Sekolah Bebas Dadah bersama AADK Negeri Selangor di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah berjaya dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh        : 21 September 2018
Masa          : 10.00 a.m – 11.50 a.m
Tempat      : Dewan Perdana SKTPP

Seiring dengan matlamat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan pelajar bebas pengaruh dadah, maka SKTPP juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Sekolah Bebas Dadah di sekolah bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Program Sekolah Bebas Dadah ini bermatlamat mengembangkan ilmu pengetahuan para pelajar daripada terjebak dengan penagihan dadah. Program ini juga turut diselitkan dengan soalan-soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta membimbing murid-murid supaya sedar bahawa dadah boleh menjejaskan masa hadapan mereka.
Dr. Catheryn Michele Hockaday, Pensyarah dari Iowa State University pakar dalam bidang pencegahan dadah untuk keluarga dan komuniti telah hadir sebagai tetamu khas dan penampilan istimewa ke Program Sekolah Bebas Dadah. Ucapan beliau dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program Sekolah Bebas Dadah yang akan dilaksanakan di SKTPP. Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari AADK Negeri Selangor. Mereka mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah menyahut seruan KPM dan merealisasikan hasrat AADK untuk memerangi dadah dan menjadikan sekolah zon bebas dari dadah dengan penuh komitmen
Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali turut memberi ucapan dan peringatan kepada pelajar  supaya sentiasa mengambil iktibar dari pelaksanaan Program Sekolah Bebas Dadah di SKTPP dengan menghayati nilai agama dan moral kerana inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Beliau juga dalam ucapannya memberitahu bahawa SKTPP sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak AADK bagi memastikan para pelajar di sekolah tidak terjebak dengan gejala penagihan dadah serta DARVIH. Selesai program di dewan, para tetamu bersama pihak pentadbir sekolah SKTPP telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa.  Semoga anak-anak murid menjauhi DARVIH secara serius dan keseluruhannya!!

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung:



Ucapan pengerusi majlis, Puan Nor Arzah

Sesi besama murid-murid


Ucapan Guru Besar

Ceramah oleh pegawai AADK




Dr. Catheryn Michele Hockaday bersama murid-murid
 
Menandatangani autograf  'para peminat'

Tetamu-tetamu khas melawat Bilik Sumber PPDa

Dr. Catheryn Michele Hockaday melawat Bilik Sumber PPDa





Para Sahabat PPDa merakam kenangan bersama tetamu istimewa

Guru besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali bersama
Dr. Catheryn Michele Hockaday dan Dr. Salina; pegawai AADK Negeri Selangor



Kami Benci Dadah

Thursday 6 September 2018

GB SKTPP Ditemubual Selangor FM

Pengalaman ditemubual dj Shela di konti Radio Selangor FM, Angkasapuri sangat mengujakan Guru Besar; Pn. Rohaidah Mohd. Ali...
Slot Aspirasi Negeriku : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung - Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Peringkat Sekolah bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) AADK Negeri Selangor; Pn. Siti Azura Mohd. Saad.
   Semoga segala perkongsian yang dizahirkan dapat memberi lebih pencerahan dan motivasi kepada para pendengar Selangor FM. Diharapkan juga lebih banyak sekolah akan melaksanakan program PPDa dengan serius dan bertenaga demi melahirkan generasi bebas dadah sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM..











Terima kasih AADK

Tuesday 4 September 2018

GB SKTPP on air @ Selangor FM

Jom dengarkan Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali bersiaran di Selangor FM pada hari Khamis 6 September 2018 jam 10.15 - 10.45 pagi...



Friday 17 August 2018

Majlis Anugerah PPDa Peringkat Negeri Selangor 2018

Alhamdulillah.... Syukur... Tanggal 14 Ogos 2018 (Rabu) satu lagi kenangan manis buat SKTPP...
Sekali lagi, SK Taman Putra Perdana berjaya di peringkat Negeri Selangor.
Dua anugerah yang diterima oleh Guru Besar dan Sahabat PPDa merupakan pengiktirafan yang tiada tolok bandingnya. 

Tahniah kepada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali di atas anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman 2017/2018" dan tahniah kepada Sahabat PPDa SKTPP atas penganugerahan "Pengawas PPDa Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2017 / 2018". Anugerah-anugerah tersebut telah diterima dalam Majlis Anugerah PPDa dan Pertandingan Video Kreatif GPSBestari - MKJR yang berlangsung di Karangkraf, Shah Alam.

Anugerah ini sempena komitmen murid, guru, ibu bapa & warga sekolah yang menjadi tulang belakang kecemerlangan PPDa. Semoga dengan apa yang diterima pada hari ini akan menyuntik lebih lagi semangat dalam membanteras DARVIH.

Buku program yang menarik!!
Majlis dirasmikan oleh YBM. Senator Dato Raja Kamarul Bahrin Shah (Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan)
Alhamdulillah... Tahniah Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali di atas penganugerahan " Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman"



Bersama Tuan Hj Mohd Ghazali (Pen. Pengarah PPDa, JPNS) dan Cik Rohaya (Pegawai PPDa PPD Sepang)

Tahniah !! 

"Anugerah Komitmen Sepanjang Zaman"

Sijil Pencapaian

"Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang"

Bergambar kenangan semasa majlis berlangsung

Sesi soal jawab

Tahniah Puan!!

Slot "Wacana Ilmu"

Eh...Ameng Spring

Mereka....juga menyokong SKTPP Benci DARVIH
Perkongsian yang menarik daripada barisan ahli panel yang hebat. Mengupas isu yang berkaitan dadah.




Satu majlis penyampaian semula telah dilaksanakan dalam kedua-dua sesi dengan tujuan menguar-uarkan kepada seluruh warga SKTPP.


Sesi pagi : Anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman" kepada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali telah disampaikan oleh Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Suffian. Manakala "Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang" untuk Sahabat PPDa telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali








Sesi petang : Pn Jumilah bt Ahmad mewakili Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali menerima anugerah "Komitmen Sepanjang Zaman" daripada Setiausaha PPDa; Pn. Rozimah. Penyampaian "Anugerah Pengawas PPDa Cemerlang" telah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad.




Tahniah dan syabas buat seluruh warga SKTPP. Semoga usaha membanteras dadah dan DARVIH ini akan berterusan sampai bila-bila walau di mana jua kita berada. Ayuh kita buktikan kepada JPN Selangor bahawa kita memang komited membenci dadah sepanjang zaman dan masa!
SKTPP BENCI DARVIH
SKTPP CEMERLANG TANPA DARVIH