Wednesday 26 April 2017

PPDa @ Perlawanan Persahabatan SKTPP vs SKTPP2

Sempena Hari Guru, SKTPP telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring antara guru-guru SKTPP dan SKTPP2. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir dan guru-guru khususnya SKTPP2. Semoga ukhwah dan ikatan silaturrahim antara kedua-dua sekolah akan berterusan. Sama-samalah kita menjalankan tugas mendidik anak-anak bangsa dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi.
   Terima kasih juga buat guru-guru SKTPP2 yang turut sama membenci DARVIH...










Sunday 23 April 2017

Signboard UPSR

Terima kasih diucapkan atas sumbangan signboard countdown bil. hari UPSR oleh :
En Rahmat / Pn Intan
Pn Salina / En Amin
Pn Rafidah / En Yus



Kami Benci Dadah

Coaching Participate Say No 2 Drugs

Coaching Course MCA (Malaysia Cricket Sssociation) cricket level 1 yang dihadiri oleh Cikgu Junaidi di Kinrara Oval pada 21 - 23 April 2017 telah mengajak rakan-rakan sekursusnya menyokong usaha SKTPP membenci dadah...

Peserta dari Vietnam - Michael
Peserta dari South Africa - John
Peserta dari Pakistan - Daif
Say No 2 Drugs!

Saturday 22 April 2017

Pameran PPDa @ Program Guru Aktif 1Selangor

Program Guru Aktif 1 Selangor Bersama Masyarakat Sepang anjuran Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang dengan kerjasama PPD Sepang telah diadakan di SMK Seri Sepang dengan jayanya. Banyak acara telah disusun antaranya; senamrobik, larian santai, sukaneka, pameran serta jualan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shahlan bin Ismail, Pengarah Perancangan Strategik, Pejabat YAB Perdana Menteri, Putrajaya.
   SKTPP terlibat selaku AJK Pameran PPDa berkolaborasi dengan pihak AADK. Terima kasih banyak diucapkan buat pihak AADK atas bantuan dan kerjasama yang diberikan dengan menyediakan bahan pameran, tayangan video dan pegawai- pegawai yang bertugas. Pn. Guru Besar dibantu oleh Cikgu Arzah, Cikgu Juli dan Cikgu Norafiza SKTPP2. Turut sama bertugas ialah 3 orang pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SMK BBST yang bertindak membantu mengedarkan flyers dan menerangkan kepada para pelawat info tentang dadah dan PPDa.
   Sewaktu lawatan oleh YBhg. Dato' Shahlan ke tapak pameran, Tuan KPPD Tn. Hj. Khairi telah menguar-uarkan penglibatan dan kejayaan SKTPP dalam menyebarkan maklumat tentang dadah. Dato' Shahlan memuji usaha sekolah dalam memupuk semangat benci dadah serta rokok yang semakin membimbangkan dewasa ini. Semoga Pameran PPDa ini sedikit sebanyak dapat mendidik anak-anak muda yang hadir ke Program Guru Aktif ini agar menjauhi dadah serta DARVIH demi masa depan yang gemilang...

















Thursday 20 April 2017

Niqa Juara Memanah Cemerlang Tanpa DARVIH

Alhamdulillah tahniah buat Niqa Abyana bt. Mohd. Zaimi yg telah merangkul 3 pingat dalam Kejohanan Memanah MSSD Sepang 2017 :
1. Pusingan kelayakan individu (qualification) bawah 12 tahun - Johan
2. Pusingan penyingkiran individu (Olympic Round) bawah 12 tahun - Naib Johan
3. Pusingan penyingkiran kumpulan (Olympic Round) bawah 12 tahun - Johan
#Niqabencidadah
#Niqacemerlangtanpadarvih


PPDa @ Perkhemahan Pengakap PPKI Daerah Sepang

Perkhemahan Pengakap PPKI sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Sepang telah diadakan di Banghuris Homestay, Sg. Pelek pada 19 dan 20.4.2017 dengan jayanya. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Adzhar b. Alias; Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor.
   Tahniah buat para peserta dan guru yang terlibat sepanjang 2 hari 1 malam program tersebut. Terima kasih juga buat jurulatih Pengakap dan Pengakap Kelana yang banyak membantu. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif terhadap jati diri dan potensi anak-anak istimewa ini. Syabas buat PPD Sepang atas penganjuran program yang sangat baik ini. Semoga diteruskan lagi pada masa depan.
   Terima kasih buat semua peserta perkhemahan atas sokongan dan komitmen terhadap program PPDa SKTPP - Kami Benci Dadah!



Wednesday 19 April 2017

Mesyuarat Program Guru Aktif Bersama Masyarakat

Hari ini Guru Besar SKTPP telah menghadiri Mesyuarat Program Guru Aktif Bersama Masyarakat di Pejabat UMNO Bahagian Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi selaku AJK Pameran PPDa. Program Guru Aktif ini akan diadakan pada 22 April 2017 ini bersamaan hari Sabtu. Banyak acara telah diatur, antaranya senamrobik, larian santai, ceramah motivasi, cabutan bertuah dan ucapan dari para pemimpin.
   Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur; UMNO Bahagian Sepang atas peluang yang diberi untuk PPD Sepang mengadakan aktiviti PPDa bagi mendidik masyarakat agar membenci dadah. Semoga hasil info berkaitan PPDa ini kelak akan melahirkan generasi bebas dadah dan DARVIH demi kepimpinan masa depan...


Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Hj. Marsom bin Paing : Penyelaras Pembangunan Parlimen Sepang



YB Shahrum bin Sharif pengerusi bersama

Tuesday 18 April 2017

PPDa @ APC 2016

Tahniah buat para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016. Syabas kerana tetap bersemangat menghebahkan simbol Benci DARVIH dalam majlis yang bersejarah itu. Semoga persoalan yang timbul dalam diri audien dewan akan meraih jawapan bahawa warga SKTPP sentiasa komited membenci dadah dan DARVIH. Sama-samalah kita mendidik anak-anak murid demi sebuah generasi yang cemerlang.
"CEMERLANG TANPA DARVIH"








Program Info 5 Minit Antidadah

Objektif program:
i. Info ini dapat memberi pendedahan yang banyak mengenai ‘DARVIH’ dalam kalangan pelajar.
ii. Memberi kesedaran kepada pelajar betapa bahayanya dadah kepada semua.
iii. Melatih pelajar memberi bimbingan dan pendedahan kepada rakan-rakannya.
iv. Melahirkan generasi yang sihat dan berguna kepada masyarakat.

Aktiviti:
Aktiviti info 5 Minit Antidadah ini dijalankan dari bulan Februari hingga Oktober 2016 dan ia akan disampaikan oleh pelajar sekolah yang merupakan Sahabat PPDa. Program ini diharap dapat membimbing rakan-rakan lain dalam membanteras gejala DARVIH.

Aktiviti ini dijalankan paling kurang 2 kali dalam sebulan. Diharapkan semoga program info 5 Minit Antidadah ini memberi kesan positif kepada pendengar khususnya pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah.

Laporan Info 5 Minit Antidadah

Tarikh : 18 April 2017
Nama Sahabat PPDa
Nur Alya Iman binti Saharudin (5 Radiologi)
Nurul Ain binti Abd Halim (3 Titanium)


TAJUK : ROKOK ELEKTRONIK

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga kini, sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet dan secara terbuka.

Bagaimana rokok elektronik berfungsi
  • Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin.
  • Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.
  • Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.
  • Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.