Friday 31 March 2017

AADK Sokong PPDa SKTPP

Sokongan kepimpinan AADK terhadap PPDa SKTPP semasa Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) 2.0 di Kem PLKN Paya Indah, Dengkil sangat mengujakan. Terima kasih semua...



Program PINTAR 2.0

Guru Besar SKTPP telah berkesempatan menghadiri Majlis Penutup Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) 2.0 anjuran bersama AADK Daerah Sepang & AADK Daerah Putrajaya serta PPD Sepang & JPN Putrajaya. Program yang diadakan di Kem PLKN Paya Indah, Dengkil ini telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 28 - 31 Mac 2017. Ia melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Sepang dan WP Putrajaya. Terima kasih banyak kepada AADK dan PPD Sepang kerana memberi peluang kepada murid-murid SKTPP untuk terlibat dalam program ini. Semoga memberi manfaat kepada semua...











Antara peserta SKTPP

Kami Benci DARVIH

YDP dan NYDP PIBG Turun Padang

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar serta NYDP PIBG; En. Mohamad Rahmat yang sudi turun padang membantu meningkatkan keyakinan para Sahabat PPDa dan berbincang tentang persiapan / sambutan penarafan...













Baca Yasin Doa Selamat

Selepas acara membaca yasin mingguan, guru-guru dan murid-murid mengaminkan doa selamat pimpinan Ustaz Zunaidi mohon dipermudahkan segala urusan menjelang penarafan PPDa minggu depan. Semoga doa kami diperkenan Allah SWT. Amiinn..



Penghargaan Murid

Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di SK Taman Putra Perdana telah ditubuhkan pada Mei 2015 dan telah dirasmikan pada 17 September 2015. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk murid-murid di sekolah ini yang telah memberi kerjasama dalam penambahbaikan pembinaan Bilik Sumber PPDa.

Pihak sekolah berbesar hati memberi sijil penghargaan kepada murid-murid yang terlibat (bukan Sahabat PPDa) yang turut serta dalam penambahbaikan pembinaan Bilik Sumber PPDa ini.

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada murid-murid yang terlibat adalah seperti butiran berikut:

Tarikh: 31 Mac 2017
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Senarai nama murid yang terlibat:
1. Raja Darren Fazren Bin Raja Azizan (6 Musytari)
2. Steven David A/L Vengutiusamy Rajendran (6 Pluto)
3. Muhammad Alif Haiqal Bin Zulkhairi@Mutalib (6 Pluto)
4. Nur Iman Qayyum Bin Shamsul Hairi (6 Pluto)
5. Nurul Ain Binti Mohd Zawawi (5 Kardiologi)
6. Nur Auni Batrisyia Binti Mohd Azuan (5 Kardiologi)
7. Nur Aina Sufiya Binti Mohd Rahman (5 Respiratori)
8. Hanis Syafiqah Binti Mohd Rashidi (6 Zuhrah)


Penyampaian Sijil Penghargaan oleh Pn Hjh Rohaidah Mohd Ali, Guru Besar SKTPP

 

Kami Benci DARVIH

Berikut adalah gambar-gambar murid-murid sedang membantu guru di Bilik Sumber PPDa:






Wednesday 29 March 2017

Ketua Polis Daerah Sepang Benci DARVIH

Bukan orang biasa saja yang benci DARVIH tapi Tn. OCPD Sepang; Tn. Aziz pun benci Dadah. Semoga usaha berterusan SKTPP ini dapat membantu serba sedikit membanteras jenayah melalui program PPDa kami.
Bebas Dadah dan DARVIH, Hidup Pasti Cemerlang...


Raptai Sambutan Penarafan Hari Ke-3

Pada hari ke-3 rehearsal sambutan penarafan ini, murid-murid semakin yakin dan seronok. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan dengan kerjasama guru-guru dan murid-murid. Semoga sambutan kita nampak hebat dan mengujakan...