Saturday 22 October 2016

Seminar Kesedaran & Pencegahan Alkohol Untuk Pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Dan Komuniti

Seminar Alkohol yang kami hadiri ini telah dianjurkan oleh My Sihat di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sepanjang seminar berkenaan saya tertarik dengan kata-kata Doktor Noraini bt Mustafa, "Tidak Kenal Maka Tidak Benci". Kita biasa pepatah "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Tapi untuk DARVIH sesuai sangat kita biasakan dengan kata-kata Dr. Noraini itu. Masyarakat sekarang perlu mengetahui tentang alkohol, apa itu alkohol, jenisnya, kandungan, pengaruhnya terutamanya kepada anak-anak muda kini serta kesan pengambilannya. Seminar ini pada pendapat peribadi saya, amat sesuai dijalankan agar selain mengetahui bahaya Alkohol, melalui perbincangan yang dijalankan mampu menjana idea menangani permasalahan ini dalam kalangan masyarakat kini.

Friday 21 October 2016

Mural Baru Berkonsep PPDa

Mural-mural baru di tangga dan laluan ke pejabat menyambut para tetamu dengan mesej Sekolah Bebas Dadah. Semoga kesan halo ini meresap ke jiwa para pelawat yang berurusan dengan sekolah kami...










Saturday 15 October 2016

Kejohanan Boling AADK Sepang

Kejohanan Boling anjuran AADK Daerah Sepang dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dan Pemadam Daerah Sepang telah berlangsung dengan lancar pada hari ini; 15 Oktober 2016. Kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Airport, Nilai ini telah dirasmikan oleh YB Shahrum bin Hj. Sharif, ADUN Dengkil.
   Guru Besar SKTPP selaku ahli JKPD telah mewakilkan anak-anak beliau; Rohisyam dan Rozaidi mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada para pemenang! Syabas AADK atas penganjuran kejohanan yang sangat meriah ini...



YB sentiasa membenci dadah








Semua peserta akan mendapat hadiah








Rohisyam Tempat Ke-3 keseluruhan,
Rozaidi tempat ke-13, lead game pertama
Syabas!

Tuesday 11 October 2016

Prapenghakiman Bilik Sumber PPDa Kebangsaan

Majlis Prapenghakiman / Prapenarafan Bilik Sumber PPDa sebagai persediaan ke pertandingan peringkat kebangsaan tahun depan telah berjalan dengan lancar pada 11 Oktober 2016. Para penilai yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPDa JPN Selangor telah diberi sambutan yang hangat lagi meriah oleh Sahabat PPDa, guru dan warga sekolah.
   Turut hadir ialah YDP PIBG, NYDP PIBG, pegawai PPDa PPD Sepang, Pegawai Pemadam Sepang merangkap Penghulu Mukim Labu, Pegawai IPD Sepang dan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah. Kehadiran dan sokongan agensi-agensi dan PIBG amat dihargai.
   Terima kasih banyak atas pandangan dan bimbingan yang diberi oleh para hakim bagi memantapkan lagi persiapan pihak sekolah. Semoga dipermudahkan urusan kami bagi memberi yang terbaik serta dapat mengharumkan nama daerah Sepang dan negeri Selangor dalam pertandingan yang sangat bermakna ini kelak....
"SKTPP SELAMANYA BENCI DARVIH"