Tuesday, 22 March 2016

Tahniah Warga SK Taman Putra Perdana

Hari ini 22 Mac 2016, SKTPP telah melakar satu sejarah baru dalam usaha memupuk kesedaran berkaitan bahaya DARVIH.

Sekalung TAHNIAH kepada seluruh warga SKTPP dan PPD Daerah Sepang kerana berjaya meraih gelaran ...

JOHAN PERTANDINGAN BILIK SUMBER PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2015 / 2016

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sokongan, bantuan dan sumbangan dalam mencapai Visi & Misi PPDa sekaligus meraih gelaran tersebut. Agensi-agensi seperti AADK, KASTAM, PDRM, PEMADAM, Pejabat Kesihatan dan lain-lain tidak jemu-jemu berkolaborasi dengan SKTPP dalam menjayakan program-program yang dirancang. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada PIBG SKTPP atas sokongan yang jitu dalam menjayakan program Pendidikan Pencegahan Dadah ini.

Berikut keputusan pertandingan kategori Bilik Sumber PPDa  :

1. SK Taman Putra Perdana (Daerah Sepang)
2. SK Seksyen 11, Kota Damansara (Daerah Petaling Utama)
3. SK Bukit Naga (Daerah Klang)

Juga dikongsikan keputusan pertandingan kategori Laluan PPDa :

1. SK Dato Maharaja Lela (Daerah Kuala Selangor)
2. SK Parit 13 (Daerah Sabak Bernam)
3. SJK (T) Ladang Emerald (Daerah Klang)

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya!
Dengan kejayaan ini, maka SKTPP akan mewakili Negeri Selangor dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun depan sekitar bulan Mac 2017. Sama-samalah kita doakan agar Johan Kebangsaan akan menjadi milik kita. Justeru, marilah kita meningkatkan usaha dan menggembleng tenaga agar persembahan yang akan kita tunjukkan nanti terbaik lagi berinovasi.
 
Berikut sekitar Majlis Anugerah PPDa yang berlangsung di MSU, Shah Alam...


























Guru Besar SKTPP bersama rakan-rakan Guru Besar SKDABB, SKTS dan SKBBST yang sentiasa memberi sokongan terhadap PPDa
Lagi berita kejayaan PPDa dalam blog SKTPP di sini dan blog Guru Besar di sini.

No comments:

Post a Comment