Tuesday 29 March 2016

Demontrasi Anjing Pengesan Unit K9

Menjadi tanggungjawab warga pendidik untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam semua aspek berkenaan pembanterasan penyalahgunaan dadah.  Oleh itu, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah menganjurkan Demonstrasi Anjing Pengesan Dadah pada 29 Mac 2016, Selasa, hasil kolaborasi dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Kuala Lumpur bertempat di Dataran Perhimpunan sekolah. 

Pegawai-pegawai yang terlibat dalam demonstrasi tersebut ialah:-
1. Gevan a/l Nadasan,
2. Ferronak Alan 
3. Selvanathan a/l Ayappan
4. Rojel bin Usin

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan:

Penjelasan tugas Unit K9
Demonstrasi penurutan arahan
Demonstrasi pengesanan dadah

Kerjasama ini diharapkan mampu memberi pengalaman baru kepada seluruh warga sekolah tentang kejayaan Unit K9 dalam memastikan masyarakat bebas dari jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Tugas dan Tanggungjawab Unit K9


Gambar-gambar program..















Melawat Bilik Sumber PPDa SKTPP

Saturday 26 March 2016

Sambungan Mengecat Mural

Hari ini pelajar-pelajar The One Academy (TOA) datang ke sekolah sekali lagi bagi menyambung kerja-kerja melukis mural di dinding sekolah (lihat projek mural TOA di sini dan di sini). Terima kasih banyak buat student dan lecturer TOA. Jasa-jasa kalian akan dikenang selalu...








Thursday 24 March 2016

Ceramah dan Pameran Antidadah

Sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah, Ceramah Dan Pameran Antidadah peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Mac 2016 khas untuk pelajar-pelajar tahun 5 (sesi pagi) dan tahun 3 (sesi petang).  Ceramah yang penuh informasi ini telah diberikan oleh pegawai-pegawai yang diundang khas dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Cik CT Ashlida binti Che Mat (sesi pagi) dan  Encik Muhamad Firdaus bin Abu Talib (sesi petang).  

Pelajar-pelajar tahun 1, 2, 4 dan 6 pula telah diberi peluang untuk melawat Bas Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Di dalam bas pameran ini, murid-murid diberi pendedahan tentang jenis-jenis dadah, bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan  pemahaman dan pengetahuan warga sekolah berkaitan bahaya dadah, menimbulkan kesedaran kepada warga sekolah agar menjauhi aktiviti yang boleh menjurus kepada penyalahgunaan dadah dan meningkatkan keazaman semua warga sekolah agar menjauhi dan membenci dadah.  

Marilah kita bertekad dan berazam untuk menghapuskan penyalahgunaan dadah yang boleh “menjahanamkan” masyarakat. 


HIDUP BAHAGIA TANPA DADAH.


Gambar-gambar Ceramah Antidadah














Gambar-gambar pameran







Lagi laporan Ceramah dan Pameran Antidadah dalam blog SKTPP di sini.

Berkongsi Kegembiraan Bersama Murid

Guru Besar dan PK Petang berkongsi kegembiraan dan kesyukuran atas pencapaian selaku Johan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016 dengan murid-murid dan guru-guru semasa perhimpunan pagi sebelum masuk kelas. Wakil Sahabat PPDa dijemput bagi menerima piala dan sijil yang dianugerahkan... Tahniah buat kita semua!