Monday 29 February 2016

Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2016

Tarikh : 29 Februari 2016
Masa : 8:00 a.m. (sesi pagi) 1:40 p.m. (sesi petang)
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Objektif
~ Menguar-uarkan program dan aktiviti PPDa kepada warga sekolah.
~ Pengiktirafan kepada Sahabat PPDa sebagai Agen Benci DARVIH.
~Melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membasmi DARVIH.

Atur Cara Majlis
Sesi pagi
8:00 a.m. Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
8:15 a.m. Ucapan Perasmian Pelancaran PPDa oleh Pengarah AADK & Gimik Pelancaran
8:30 a.m. Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa
8:50 a.m. Penyampaian Cenderahati kepada Perasmi & Tetamu Jemputan
9:00 a.m Lawatan ke Bilik Sumber & Tayangan Video Korporat / Jamuan
      
Sesi petang
1:40 p.m. Ucapan Pengerusi Majlis & Guru Besar
2:00 p.m. Ucapan Perasmian Pelancaran PPDa oleh Guru Besar & Gimik Pelancaran
2:20 p.m. Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa

2:30 p.m. Bersurai

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor; Tuan Alias bin Ja’afar. Tetamu-tetamu lain yang turut dijemput ialah Dato’ Setia Dr. Harun bin Mohamad (Setiausaha Majlis Permuafakatan PIBG 1Selangor), Encik Roshazami bin Daud (Presiden Kesatuan Ibu Bapa Malaysia), Puan Normala binti Saleh (Exco PIBG 1Selangor), YM Tengku Norsyawaludin bin Tengku Mamat (NYDP PIBG SKTPP), Puan Farrah Fadiah binti Mohd Nasir (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang), Puan Cik Ct Ashlida binti Mohd Razali (Penolong Pegawai AADK Sepang), Encik Mohd Firdaus bin Abu Talib (Pembantu Anti Dadah AADK Sepang) dan Encik Muhamad Amirullah bin Azmi @ Amir Raja Lawak (Ikon PPDa SKTPP).  Manakala Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah binti Mohd Ali telah melancarkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) pada sesi petang.
 Setelah selesai Majlis Pelancaran PPDa yang begitu meriah, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah berlangsung dengan jayanya di mana seramai 14 orang pelajar tahap 1 dan 43 orang pelajar tahap 2 telah dilantik sebagai Sahabat PPDa. Bacaan ikrar tahap 1 telah diketuai oleh Zuhry Zayyan bin Zunaizan sementara tahap 2 telah diketuai oleh Majdinah Afiqah binti Mahadir.  Sahabat PPDa ini diwujudkan sebagai Agen Benci DARVIH yang dapat  membantu guru-guru dalam melaksanakan program-program PPDa sepanjang tahun.
      Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan agenda penting sekolah untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kesedaran kepada seluruh warga SKTPP agar mereka menjauhi dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan dan HIV/AIDS serta berupaya menentang ancaman dadah dengan sebagaimana visi PPDa : Sekolah Bebas Dadah.

Sesi Pagi







Sesi Petang






Saturday 27 February 2016

PPDa @ Sukan Tahunan

Tahniah atas penganjuran Sukan Tahunan SKTPP kali ke-13 yang sangat meriah. Hebahan berkaitan pendidikan pencegahan dadah dan DARVIH sangat meluas lagi menarik sepanjang sukan kali ini. Ia meliputi ucapan Guru Besar, YDP PIBG dan perasmi, persembahan perbarisan, hiasan khemah rumah sukan, di dalam buku program bahkan sewaktu acara-acara berjalan. Jelas anak-anak murid SKTPP serta seluruh warga sekolah bersatu hati dan sangat sinonim dengan tagline Benci DARVIH yang popular itu!

















Majulah Sukan Untuk Negara!

Saksikan kemeriahan Sukan Tahunan SKTPP dalam blog SKTPP di sini.

Friday 26 February 2016

Senario Benci DARVIH Sepanjang Persiapan Rumah Sukan

Sukan datang lagi. Di samping menjalani latihan sukan, murid-murid, guru-guru serta AJK PIBG mula sibuk membuat persiapan rumah sukan. Bukan main hebat lagi masing-masing menceriakan rumah sukan dengan tema Pahlawan Melayu....







PIBG dan guru Benci DARVIH

Wednesday 24 February 2016

Kolaborasi Melukis Mural Bersama The One Academy

Terima kasih buat pensyarah dan pelajar Kolej The One Academy (TOA), Sunway kerana telah memilih SKTPP untuk projek melukis mural mereka. Pihak sekolah telah berbincang berkaitan tempat dan lukisan bertemakan PPDa untuk dilukis oleh pelajar-pelajar pelbagai jurusan tersebut. Mural-mural itu akan dilukis pada hari minggu dalam bulan Mac nanti. Semoga sekolah kita akan bertambah ceria dengan lukisan mural bermaklumat PPDa yang akan dilukis nanti.














STUDENT TOA BENCI DARVIH

Thursday 18 February 2016

Lawatan Penanda Arasan Bilik Sumber PPDa oleh SK Seksyen 1, Bandar Kinrara

Pada 18 Februari 2016, 11 orang guru dari Unit PPDa SK Seksyen 1, Bandar Kinrara telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa sekolah ini.  Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada AJK PPDa SK Seksyen 1, Bandar Kinrara dalam menambah baik dan menjayakan Program PPDa di sekolah mereka.
   Turut hadir sama adalah Y.Bhg. Dato' Seri Rahim bin Awang; YDP PIBG SMK Convent, Klang merangkap Timbalan Pengarah Resolusi PIBG 1Selangor

Berikut adalah antara gambar - gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:-
Ucapan Guru Besar SKTPP, Penyampaian sijil penghargaan, Melihat fail-fail berkaitan
Lawatan ke Bilik Sumber PPDa




Terima kasih atas kunjungan