Friday 21 August 2015

Sumbangan Skybook

Terima kasih buat Syarikat Skybook atas sumbangan board perspek untuk kegunaan Bilik Sumber PPDa. Sesungguhnya sumbangan tersebut banyak gunanya dalam kami mempersiapkan Bilik PPDa kami..


Thursday 20 August 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 12)

Tajuk                                   :  Rokok Elektronik
Nama Sahabat PPDa          :  Yana bt Norazmi (6 Wira)
                                               Nurul Hanis Firzanah Mohd Yusof (3 Pediatrik)

Tarikh                                  :  20 Ogos 2015

Isi-isi info :

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga kini , sudah ramai yang telah mula menjual rokok ini terutama melalui internet dan secara terbuka

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi 

- Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin.

-Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara.

- Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

- Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.


Wednesday 19 August 2015

Perbincangan dengan Boss Istana Bambu

Sekolah telah berkolaborasi dengan Syarikat Istana Bambu untuk membantu membuat lukisan 3D bagi menceriakan Bilik Sumber PPDa kami. Perbincangan bersama boss Istana Bambu; En. Mior telah memberikan harapan dan banyak idea berkaitan dengan lukisan dan program bersama pada masa depan. Semoga segala harapan kami menjadi kenyataan...






Monday 17 August 2015

MAS in da house

Jom tengok replika kapalterbang yang diharap dapat menceriakan suasana Bilik Sumber PPDa kami...


Guru-guru Praktikum Membantu Melukis Mural

Terima kasih kepada guru-guru praktikum prasekolah yang telah sudi melukis mural PPDa di dinding sekolah. Jasa dan budi baik kalian sangat kami hargai..



Hasilnya :



Terima kasih adik-adik guru praktikum..

Friday 14 August 2015

PPDa @ Malam Gema Selawat

Selesai sudah Malam Gema Selawat SKTPP 2015 yang telah berjalan dengan lancar & jayanya berkat kerjasama semua pihak. Malam Gema Selawat ini merupakan program anjuran PIBG yang diadakan sempena pelancaran wakaf surau dan sumbangan pembangunan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mutalib bin Tomran; Timbalan PPD Sepang yang telah merasmikan majlis.
   Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang; Pn. Farrah Fadiah binti Mohamad Nasir yang sudi hadir bersama pasukan dan bahan pamerannya. Sesungguhnya kolaborasi ini sangat bermakna bagi memantapkan lagi hubungan antara sekolah dan AADK demi melaksanakan pendidikan pencegahan dadah kepada anak-anak murid dan seluruh warga sekolah. Jom tengok penglibatan pihak AADK pada malam itu..


















Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn. Farrah Fadiah binti Mohd. Nasir - Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang yang sudi hadir memeriahkan majlis kami malam ini. Jasa dan budi puan tak mungkin kami lupakan...

Lagi laporan Malam Gema Selawat SKTPP dalam blog SKTPP di sini dan blog PIBG SKTPP di sini.

Diskusi Mural 3D Bilik Sumber PPDa

Perbincangan bersama syarikat Istana Rimba Sdn. Bhd. dalam menghasilkan lukisan 3D berdasarkan konsep yang dipilih. Semoga impian untuk menceria dan menaiktarafkan bilik tersebut akan tercapai...

Perbincangan Guru Besar &  AJK Bilik Sumber  bersama En Mior Shariman Moksin

Wednesday 12 August 2015

Penyebaran Visi & Misi PPDa di Petrosains

Syabas kepada Sahabat PPDa SK Taman Putra Perdana kerana mengambil peluang daripada aktiviti sekolah dalam menyebar luas Visi & Misi PPDa. Kumpulan ini ke Petrosains pada 12 Ogos 2015 (Rabu).

Penyebaran Visi & Misi telah dijalankan dengan memberi bookmark PPDa kepada pengunjung dan kakitangan Petrosains.


SKTPP Benci DARIH

Monday 10 August 2015

Penyebaran Visi & Misi PPDa di kelas

Penyebaran Visi & Misi PPDa semakin rancak dijalankan kepada seluruh warga SKTPP. Kesempatan menggantikan guru yang tiada di sekolah, saya mengambil peluang untuk menyebarkan Visi & Misi ini secara kelompok di dalam kelas. 

Murid-murid diperkenalkan sekali lagi dengan apa itu PPDa, DARIH, Visi & Misi PPDa. Walaubagaimanapun mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada, namun saya cuba untuk menerangkan kembali supaya murid-murid lebih jelas dengan PPDa.



Tarikh  : 3 Ogos 2015 (Isnin)
Masa    : 4.40 - 5.40 0petang
Kelas   : 2 Canang


                            Tarikh  : 10 Ogos 2015 (Isnin)
                            Masa   : 5.10 - 6.10 petang 
                            Kelas   : 3 Respiratori

"1Malaysia Membanteras Dadah"

Thursday 6 August 2015

PPDa @ The Champion

Peserta The Champion melontarkan slogan kami Benci DARIH semasa majlis penyampaian cenderamata kepada murid yang meningkat dalam prestasinya.


SKTPP Benci DARIH

Monday 3 August 2015

Info 5 Minit AntiDadah (Laporan 11)

Tajuk                                   :   Faedah tidak merokok
Nama Sahabat PPDa          :   Siti Nur Arfamisa bt Arfan ( 6 Viva)
                                                Nur Alin Syazani Mohd Radhi  (3 Respiratori)

Tarikh                                  :   3 Ogos  2015

Isi-isi info :

* Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
* Mengelakkan daripada bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
* Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik, strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
* Kehidupan yang lebih sihat
* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
* Meningkatkan deria bau dan rasa
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
* Menjimatkan wang
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok
* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran

Majlis Rumah Terbuka AADK Sepang

Terima kasih diucapkan kepada pihak AADK Daerah Sepang atas kesudian menjemput Guru Besar & guru-guru Setiausaha PPDa SKTPP ke Majlis Ukhwah dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pejabat AADK Sepang. Semoga silaturrahim antara sekolah dan AADK akan lebih rapat demi membanteras masalah dadah...