Wednesday 28 May 2014

Signboard PPDa

Semoga papan tanda baharu PPDa ini dapat memberikan kesan halo yang berkesan lagi mendalam buat warga sekolah ini serta para pelawat. SKTPP amat komited dalam membanteras dadah serta arak, rokok, inhalan dan HIV / AIDS (DARIH) demi generasi masa depan yang gemilang...

Sumbangan Cat @ Dinding Bilik KH

Hari ini seorang ibu kepada murid sekolah ini iaitu Pn Zaharah bt Nayan telah menderma sebanyak 12 botol cat Pelaka untuk projek PPDa di luar Bilik Kemahiran Hidup. Terima kasih diucapkan kepada Pn Zaharah kerana sama-sama memberi sokongan dalam pembangunan projek PPDa.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Pn Zaharah bersama keluarga dengan barang sumbangan

Tanda sokongan "Benci Dadah"
   Ahli kumpulan yang diketuai oleh Pn Norazian bt Anuar bersama-sama pekerja sekolah (Pn. Debra) dan bantuan daripada seorang murid SMK Putra Perdana (Nur Yusnina bt Ahmad Faisal) bergotong -royong bagi menyiapkan mural di dinding Bilik Kemahiran Hidup.





Tuesday 27 May 2014

PPDa @ PPIM

Tahniah kepada pasukan Puteri Islam sekolah khususnya kepada pasukan nasyid atas kejayaan mendapat Tempat Kedua dalam pertandingan nasyid semasa Hari Puteri Daerah Sepang yang telah berlangsung di Dewan Bandar Baru Salak Tinggi..

 
Sebelum pertandingan
Selepas pertandingan

PPDa @ Boling JPS

Beberapa orang guru telah menerima jemputan dari Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyertai Pertandingan Boling Sempena Sambutan Hari Guru di Alamanda, Putrajaya..

Monday 26 May 2014

Pendidikan Pencegahan Alkohol

Tarikh: 26 Mei 2014
Hari: Isnin
Masa: 11.50 hingga 12.50 tengah hari
Sasaran: Semua murid kelas 5 Exora
Objektif:
Pada akhir sesi taklimat, murid dapat:
1.  Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan membenci alkohol
2.  Membina sikap asertif kendiri yang bersepadu

Murid kelas 5 Exora
Nabila cuba menjawab soalan yang diberi
Penerangan lebih lanjut tentang keburukan pengambilan alkohol
Murid mencatat dalam buku nota

PPDa @ Taekwondo

Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya dalam Pertandingan Taekwondo baru-baru ini. Murid-murid tersebut telah diraikan di hadapan semua murid dan guru semasa perhimpunan...

Friday 23 May 2014

PPDa @ Birthday PPKI

Sempena Majlis Sambutan Hari Lahir PPKI, anak-anak murid Pendidikan Khas ini turut menunjukkan semnagat Benci Dadah...


Pondok Harapan PPDa

Pondok di belakang surau yang sering digunakan oleh murid-murid untuk beristirahat dan menjalankan aktiviti riadah telah dihias dengan kata-kata hikmat Anti DARIH. Semoga memberi manfaat kepada warga sekolah seiring dengan hasrat program PPDa..


 

Thursday 22 May 2014

PPDa @ Latihan Sukan

Latihan sukan telah bermula semalam. Jom berlatih sukan. Di samping untuk bertanding, sukan dapat mencergaskan badan kita...

 
Hidup cergas tanpa dadah

PPDa @ Festival Nasyid PPKI

Tahniah kepada pasukan nasyid PPKI SKTPP atas penyertaan dalam Festival Nasyid peringkat Daerah Sepang yang berlangsung di SK Kota Warisan....
Murid-murid dan guru-guru PPKI sentiasa ceria tanpa dadah

Singgah rumah GB kejap sambil mengabadikan hasrat Benci Dadah

Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber PPDa 3/2014

Hari ini, pukul 12.50 tengah hari telah diadakan Mesyuarat AJK Pelaksana & Bilik Sumber PPDa buat kali ketiga. Seramai 24 orang ahli jawatankuasa telah hadir dalam mesyuarat kali ini. Agenda utama mesyuarat kali ini bertujuan mengetahui perkembangan kerja bagi setiap JK yang telah dilantik.

Syabas kepada rakan-rakan guru semua kerana telah memberi komitmen yang baik dalam melaksanakan apa yang telah dirancang. Semoga komitmen yang berterusan mampu memberi kesan kepada matlamat utama penubuhan Bilik Sumber ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Ahli Jawatankuasa sedang bermesyuarat

Monday 19 May 2014

PPDa @ Pertandingan Asah Bakat Pandu Puteri

Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : SMK Seri Sepang
(laporan lanjut dalam blog sekolah di sini)


Selepas pertandingan
Semasa perhimpunan di sekolah

Saturday 17 May 2014

Penyebaran Info Dadah

Sahabat PPDa telah mengedarkan penanda buku yang mengandungi info tentang dadah di beberapa buah kedai dan tempat strategik sekitar Taman Putra Perdana. Ini bertujuan agar masyarakat setempat mendapat maklumat tentang D.A.R.I.H serta menjauhi diri daripadanya...


Terima kasih atas sokongan semua

Friday 16 May 2014

PPDa @ Hari Guru Sekolah

Slogan Benci Dadah sentiasa berkumandang di sekolah saban masa. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertambah meriah dengan perkongsian Anti Dadah kami....