Tuesday 29 April 2014

PPDa @ Lawatan Universiti Thornbury, Bangkok Thailand

Pada hari ini, SKTPP telah menerima kunjungan seramai 20 orang pelajar dari Universiti Thornbury, Bangkok Thailand yang mengambil bidang Pengurusan Sarjana Pendidikan. Lawatan ini bertujuan untuk melihat corak pendidikan di Malaysia. Mengambil kesempatan ini, pihak sekolah bersama Sahabat PPDa telah mewar-warkan mesej "Benci Dadah" kami kepada para pelawat. Wakil universiti tersebut juga telah ditemubual berkaitan isu dan gejala dadah yang menjadi tajuk hangat di seluruh dunia.

Wajah-wajah ceria guru menanti ketibaan pelawat
Berpeluang bergambar bersama Sahabat PPDa dan peserta paluan kompang
Bergambar bersama peserta program
Mengiringi kehadiran pelawat melalui Laluan Patriotik 
Diiring ke Dewan Perdana untuk menyaksikan persembahan murid
Penyerahan penanda buku "Kami Benci Dadah" oleh Sahabat PPDa
Kenangan bersama peserta lawatan
Lagi laporan bergambar berkaitan lawatan tersebut dalam blog SKTPP di sini.

Saturday 26 April 2014

PPDa @ MERKUR1

Tarikh    : 26 April 2014
Tempat : SK Taman Putra Perdana


Sempena pelancaran Program MERKUR1 2014, Unit PPDa SKTPP telah mengambil peluang untuk mewawancara YB Tuan Sahrum bin Hj Mohd Sharif (ADUN Dengkil) berkaitan usaha pihak sekolah mengadakan Bilik Sumber PPDa sebagai perkongsian bersama murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Beliau memberikan sokongan yang padu atas usaha tersebut.

Berikut adalah aktiviti dan kesan halo berkaitan "Benci Dadah" yang telah dilaksanakan sepanjang pelancaran MERKUR1 melibatkan sekolah-sekolah Zon 1 pada majlis tersebut; 

Penyerahan penanda buku "Kami Benci Dadah" kepada peserta program dari SK Taman Putra Perdana 2
 
Kerjasama dari Sahabat PPDa SKTPP untuk proses pendaftaran peserta 
 Guru Besar mewawancara YB Shahrum ADUN Dengkil berkaitan masalah dadah masakini

GB, YB, PPD dan PIBG Benci Dadah!

Laporan lanjut berkaitan MERKUR1 boleh diperolehi melalui blog SKTPP di sini

Wednesday 23 April 2014

Guru-guru praktikum SKTPP Benci Dadah

Minggu ini minggu terakhir latihan praktikum buat guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi yang terdiri daripada Aya, Ayu, Iqa, Amal, Laila dan Dila...
Guru praktikum pun benci dadah!

Monday 21 April 2014

Taklimat Penyelarasan Pertandingan PPDa peringkat kebangsaan

Hari ini telah diadakan Taklimat Penyelarasan Pertandingan Bilik Sumber dan Laluan PPDa peringkat kebangsaan buat kali ke-2. Taklimat anjuran JPN Selangor ini bertempat di SK Kota Warisan. Terima kasih buat PPD Sepang kerana sudi menjemput Guru Besar serta 2 orang Guru PPDa SK Taman Putra Perdana untuk hadir sama bagi menimba ilmu berkaitan pertandingan peringkat kebangsaan ini. Turut dijemput sama ialah guru-guru PPDa SK Taman Seroja. Sesungguhnya banyak info telah kami perolehi semasa taklimat tadi. Semoga berkat kerjasama semua guru dan warga sekolah, SK Taman Putra Perdana dapat membuat persiapan yang terbaik sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM bagi menghadapi pertandingan peringkat Negeri Selangor pada bulan September ini.
   Semoga wakil-wakil Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan iaitu SK Kota Warisan (Bilik Sumber Sekolah Rendah), SMK (P) Kapar, Klang (Bilik Sumber Sekolah Menengah), SK Rasa (Laluan Sekolah Rendah) dan SMK Bukit Indah (Laluan Sekolah Menengah) akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.
Guru Besar SKTPP bersama Penyelaras PPDa; Pn. Nor Arzah dan Setiausaha PPDa; Pn. Rozimah
Taklimat dipengerusikan oleh Pegawai PPDa JPN Selangor, Tn. Hj. Noh Murli
 Pegawai AADK Negeri Selangor; Pn. Ayunizam turut hadir
Delegasi SK Taman Putra Perdana
Delegasi SK Taman Seroja
 Setiap wakil mempersembahkan pelaporan masing-masing
Komen penambahbaikan diberi selepas selesai laporan
Menghayati dan menghadam segala pembentangan untuk dipraktikkan di SKTPP
Melawat Bilik Sumber PPDa SK Kota Warisan
Sambil melawat sambil posing
Laporan Taklimat Penyelarasan kalai pertama sila klik blog PPDa SKKW di sini

Sunday 20 April 2014

Terima kasih PIBG

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PIBG SKTPP kerana telah meluluskan permohonan peruntukan daripada sekolah untuk menampung kos program PPDa. Kelulusan ini telah dicapai semasa Mesyuarat AJK PIBG kali pertama sesi 2014 / 2015 yang telah diadakan pada 19 April 2014. Sesungguhnya ia akan memudahkan AJK PPDa untuk memulakan langkah merealisasikan apa yang telah dirancang. Insya Allah akan menyusul berbagai-bagai lagi aktiviti ke arah memberi info dan kesan halo kepada anak-anak murid serta warga sekolah dalam membanteras dadah.
Kehadiran mesyuarat AJK PIBG 90% - tahniah!

Thursday 17 April 2014

PPDa @ Bola sepak

Team bola sepak sekolah bergambar bersama GB sebelum bertolak ke pertandingan MSSD
Tanpa Dadah Badan Sihat

PPDa @ Kem Tunas Puteri

Wakil SKTPP telah menghadiri Kem Tunas Puteri di Sekolah Seri Puteri dengan membawa semangat Benci Dadah...
Di sekolah sebelum bertolak ke SSP
Tunas Puteri Benci Dadah!

PPDa @ Naib Johan Bolajaring MSSD

Tahniah buat pasukan bolajaring SKTPP kerana berjaya mendapat Tempat Kedua dalam pertandingan Bolajaring MSSD Sepang yang telah diadakan pada 16 April 2014. Pasukan sekolah telah dikalahkan oleh pasukan SRAI Salak dengan jaringan 2 - 3. Kejayaan ini telah meniupkan semangat kepada pasukan koku dan koakademik yang lain untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi memenangi apa jua pertandingan yang disertai. Pokoknya; Badan Sihat Tanpa Dadah!
 Pasukan bolajaring SKTPP bersama jurulatih; Cikgu Anis ketika perlawanan persahabatan dengan SK Kota Warisan
 Hari pertama perlawanan : sebelum bertolak ambil mood dengan GB dahulu - semoga berjaya

Anak Cikgu Anis - penyokong kuat team netball SKTPP
Menerima hadiah Tempat Kedua
 Buah tangan terakhir dari jurulatih bolajaring SKTPP; Cikgu Anis yang akan bertukar ke PPD Sepang minggu hadapan
GB bersama PK Petang - Pn. Rosmah
Team bolajaring seluruh daerah Sepang Benci Dadah!
Kami berjaya kerana kami benci dadah!
Lagi laporan kejayaan bolajaring sekolah di sini